KATA ALU-ALUAN GURU BESAR
Assalamualaikum
dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan
rasa syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya kita masih lagi diberi kekuatan
dan kesungguhan untuk memikul amanah di muka bumi ini. SK Panchor adalah merupakan institusi bagi warganya
melaksanakan amal ibadah, tanggungjawab dan amanah kepada agama, bangsa dan
Negara tercinta
Bidang pendidikan negara sememangnya bersifat
dinamik bagi memenuhi keperluan semasa khususnya diperingkat global. Oleh hal
yang demikian, warga sekolah ini sama ada pendidik, anggota kumpulan
pelaksana pekerja swasta, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), merupakan arkitek
sosial yang memikul tanggungjawab yang besar dalam memberikan pendidikan,
menyampaikan ilmu, membentuk peribadi dan sahsiah sekali gus menjana potensi
murid ke arah kemenjadian diri yang lebih optimum.
Sehubungan itu, warga SK Panchor berikrar dan beriltizam untuk bekerja sebagai satu pasukan. Ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh individu, dikongsi dan dimanfaatkan semaksimum mungkin untuk meningkatkan mutu pendidikan negara. Secara tidak langsung, hal ini dapat membentuk warga SK Panchor yang berketerampilan,profesional, berkualiti dan beretika.
Saya yakin dan percaya SK Panchor mampu menyediakan landskap
pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna dalam usaha membentuk modal
insan yang berkualiti. Selain itu, saya juga melihat bahawa SK Panchor dapat
menjadi wadah terbaik untuk melahirkan insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu
dan keunggulan sahsiah yang akhirnya menjadi insan yang dapat
menyempurnakan tuntutan agama, bangsa dan negara.
“SK PANCHOR TERUS HEBAT”
MOHD. RASHED BIN SAHRONI
Guru Besar
SK Panchor