PRASEKOLAH
Mendapatkan Pendidikan Prasekolah
Pendidikan formal di Malaysia bermula seawal umur empat (4) tahun, iaitu pendidikan prasekolah, namun ia bukanlah pendidikan wajib. Walau bagaimanapun, majoriti kanak-kanak yang berusia enam (6) tahun telah memulakan pendidikan prasekolah secara formal sebagai persediaan untuk menempuh alam persekolahan. Malah, sebahagian besar Sekolah Kebangsaan telah mewujudkan kelas prasekolah dengan memberi keutamaan kepada kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah. Pendidikan Prasekolah di Malaysia dilaksanakan oleh beberapa agensi iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), agensi awam lain selain daripada KPM seperti Tabika Perpaduan, Tabika KEMAS dan tabika di bawah seliaan kerajaan negeri seperti Tadika Islam MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) dan prasekolah JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) serta tadika swasta.Memasuki Prasekolah Kerajaan
Pendidikan prasekolah di KPM dilaksanakan di pelbagai jenis sekolah/institusi antaranya di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) serta beberapa lagi jenis sekolah/institusi lain di bawah KPM. Bilangan murid dalam satu kelas adalah terhad iaitu 25 orang murid bagi kelas perdana manakala 7 orang murid bagi kelas pendidikan khas/integrasi. Bagi memasuki prasekolah tersebut, terdapat panduan yang merangkumi proses-proses yang boleh dirujuk oleh ibu bapa dan penjaga. Maklumat yang disediakan berkaitan Prasekolah KPM adalah mendapatkan maklumat umum, mendapatkan senarai prasekolah, memohon kemasukan, menyemak keputusan permohonan, membuat rayuan permohonan (sekiranya perlu), mendapatkan maklumat pendaftaran dan memohon bantuan pendidikan (sekiranya layak).
PENDIDIKAN RENDAH
Mendapatkan Pendidikan Rendah
Maklumat berkaitan mendapatkan pendidikan rendah di Malaysia merangkumi maklumat memasuki Sekolah Rendah, memasuki Sekolah Rendah Agama, memasuki Sekolah Rendah Swasta, memasuki Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, menduduki peperiksaan, memohon pertukaran sekolah dan juga maklumat bantuan persekolahan.Memasuki Sekolah Rendah Kerajaan
Pendidikan sekolah rendah mengambil masa 6 tahun. Kanak-kanak selalunya memulakan pendidikan sekolah rendah ketika berumur 7 tahun. Pendidikan sekolah rendah merupakan kesinambungan kepada pendidikan prasekolah. Selain daripada membaca menulis dan mengira, mereka akan didedahkan kepada subjek-subjek lain seperti sains, pendidikan jasmani, pendidikan Islam dan pendidikan moral. Pada penghujung pengajian mereka pada Tahun 6, mereka akan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Ujian tersebut menguji:- • Penguasaan kefahaman, penulisan dan lisan bagi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris • Penguasaan kemahiran matematik • Penguasaan konsep sains Maklumat lanjut berkenaan Sekolah Rendah.
Memasuki Sekolah Rendah Pendidikan Khas
a. Program Pemulihan Khas
b. Program Pendidikan Inklusif
c. Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
d. Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK)
b. Program Pendidikan Inklusif
c. Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
d. Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK)
Tahun 1963- Pembukaan kelas-kelas pendidikan khas Rancangan Percantuman kurang upaya pendengaran di sekolah rendah dan sekolah menengah mula dilaksanakan.
Semua Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBK) berpeluang untuk menerima akses pendidikan yang releven dan sesuai
Semua MBK perlu diperkembangkan bakat dan potensi murid melalui pendidikan vokasional bagi menghasilkan insan yang berkemahiran ke arah meningkatkan kualiti hidup.
Semua MBK diberi peluang untuk mengikuti Program Intervensi Awal agar tahap keupayaan mereka dapat dioptimumkan.
Menyediakan peluang MBK untuk mengikuti program pendidikan yang menjurus kepada peningkatan potensi sedia ada bagi melahirkan kumpulan separuh mahir dan seterusnya menjadi aset kepada negara.
MBK yang berpotensi seboleh-bolehnya ditempatkan secara inklusif di kelas-kelas arus perdana.
“Pendidikan Khas” ertinya pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas di 3 pilihan (setting) persekolahan, iaitu sekolah pendidikan khas, atau di sekolah arus perdana yang melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi atau Program Pendidikan Inklusif, pada peringkat pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah atau pendidikan lepas menengah.
“Murid Berkeperluan Khas”, ertinya murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, atau ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau swasta sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal, masalah pembelajaran atau mana-mana kombinasi ketidakupayaan.

Program Pendidikan Khas KPM
Bagi mengatasi masalah keciciran pelajar yang berkeperluan khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mewujudkan Program Pendidikan Khas KPM. Antara program pendidikan yang ditawarkan adalah seperti berikut:-
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
Tahun 1962- Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) (Rancangan Percantuman) bagi pendidikan kanak-kanak kurang upaya penglihatan di sekolah rendah dan menegah arus perdana yang terpilih mula diperkenalkan.
Tahun 1988- Kementerian Pendidikan Malaysia telah memulakan kelas perintis untuk murid-murid peringkat rendah bermasalah pembelajaran dan seterusnya ke suluruh Negara.
Program ini bertujuan:-
Tahun 1988- Kementerian Pendidikan Malaysia telah memulakan kelas perintis untuk murid-murid peringkat rendah bermasalah pembelajaran dan seterusnya ke suluruh Negara.
Program ini bertujuan:-
0 Comments