BUKU TEKS
Berkaitan SOP Skim Pinjaman Buku Teks:
(i) Kelayakan Penerima Skim Pinjaman Buku Teks:
Dasar kelayakan Skim Pinjaman Buku Teks adalah 100% kepada murid yang mempunyai kewarganegaraan Malaysia.
Dasar kelayakan Skim Pinjaman Buku Teks adalah 100% kepada murid yang mempunyai kewarganegaraan Malaysia.
(ii) Tatacara Murid Yang Berpindah Sekolah / Antara Negeri (Zon Yang Berbeza):
Murid dibenarkan membawa buku teks ke sekolah baharu.
Murid dibenarkan membawa buku teks ke sekolah baharu.
(iii) Penerimaan Buku Lusuh:
Laporkan kepada pengurusan SPBT sekolah untuk penggantian set buku teks yang lain.
Laporkan kepada pengurusan SPBT sekolah untuk penggantian set buku teks yang lain.
Apakah Konsep Buku Teks?
Penulisan buku teks adalah berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran(DSKP) yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum.Kandungan buku teks semasa adalah berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Kandungan Buku Teks disusun sebegitu rupa untuk memudahkan proses Pengajaran dan Pembelajaran.
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
1. Apakah PBD?
- Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.
2. Bila PBD bermula?
- PBD dahulunya dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS) bermula pada tahun 2011. Pada tahun 2016, PS mula dikenali sebagai PBD.
3. Apakah perbezaan PBD dan PBS?
- PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah, suatu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani). Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu terdapat empat komponen dalam PBS iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK), Pentaksrian Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
- PBD pula ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang PdP, bagi semua mata pelajaran. PBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka.
4. Apakah mata pelajaran yang terlibat dengan PBD?
- Semua mata pelajaran KSSR dan KSSM.
- Pelaksanaan konsep PBD berlaku secara berterusan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah.
5. Bagaimana PBD dilaksanakan?
- PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sepanjang tahun. PBD dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:
- Pemerhatian
- Penulisan
- Lisan
PERMOHONAN PRASEKOLAH
1. Apakah syarat kelayakan memohon prasekolah KPM?
- Kanak-kanak Warganegara Malaysia sahaja.
- Kanak-kanak yang mencapai umur empat tahun pada 1 Januari tahun persekolahan semasa (Bagi kohort 3+ kanak-kanak yang lahir pada 2 hingga 15 Januari juga dibenarkan untuk memohon).
- Pemilihan murid adalah berdasarkan merit.
2. Bagaimanakah untuk memohon prasekolah KPM?
- Sila layari https://eprasekolah.moe.gov.my untuk maklumat lanjut